New Warta
Login |  English Bahasa Malaysia | 15 active visitors
Google Search
 
  

MENU

MENU 2
 

FOKUS DAERAH
 
 

PAUTAN LAIN-LAIN BERITA



















 
 
 

Jumlah pelawat
 

Archive
 :: FOKUS DAERAH KULIM 
 :: Daerah Sik 
 :: Daerah Yan 
 :: Fokus Daerah Pendang 
 :: FOKUS DAERAH : PADANG TERAP 

FOKUS DAERAH
Fokus Daerah Pendang
Fokus daerah pendang

FOKUS DAERAH membuka tirai dengan memilih Pendang sebagai daerah yang akan disingkap misi dan visinya. Wartawan Warta Darul Aman WADIASSOFI   JAAFAR telah mewawancara Pegawai Daerah Pendang TUAN HAJI HARUN JASIN bagi mendapatkan gambaran lebih tepat berhubung perancangan yang telah dan akan  dilakukan oleh pihak beliau.

WARTA DARUL AMAN: Dengan memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Pendang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang, adakah tugas itu memberi beban kepada tuan untuk memikul tanggungjawab berkenaan?
 

HARUN JASIN:  Bagi saya, memegang dua jawatan itu tidak memberikan sebarang masalah kepada saya.  Apa yang saya nampak sekarang ialah dengan menambahkan dua Penolong Pegawai Daerah (ADO), saya percaya Pendang akan mantap.
 
Apa yang saya ingin beritahu ialah Pejabat Daerah mempunyai empat fungsi utama iaitu pembangunan fizikal membabitkan prasarana, pembangunan ekonomi yang menjurus kepada isu pertanian dan usahawan, pembangunan sosial membabitkan pendidikan, belia, wanita, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal; pengurusan keselamatan serta fungsi pentadbiran.  

Bagaimana tuan melaksana- kannya?

Pada asasnya, saya menggunakan perancangan strategik dan aspek taktikal. Saya kena merancang sendiri dan tentukan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan. Saya mendapat maklumat melalui Mesyuarat-mesyuarat Penyelarasan Dalaman dan Luaran. Contohnya, Mesyuarat Tindakan Daerah yang diadakan setiap bulan. Dalam mesyuarat itu, kita akan mengetahui apakah projek pembangunan yang akan dilaksanakan.

Dari segi pembangunan Daerah Pendang, apakah yang telah, sedang dan akan dibuat?
.Tumpuan utama yang diberikan perhatian ialah menyediakan prasarana yang lengkap seperti jalan, parit, dewan, lampu jalan serta kemudahan sukan. Saya ingin bercakap sebagai ketua Daerah, apa yang saya akan buat ialah apa yang akan berlaku kepada Daerah Pendang pada tahun 2020.
Misi Daerah Pendang pada tahun 2020 ialah menjadikan daerah ini sebagai daerah yang bersih, indah, maju dan selamat. Untuk tujuan itu, Plan Rancangan Tempatan 2020 akan digezetkan dalam tahun ini.
Komponen utama Plan Rancangan Tempatan 2020 ialah melibatkan pelbagai sektor iaitu ekonomi, sosial, pendidikan dan keselamatan. Pembangunan ini akan turut melibatkan semua pekan kecil seperti Kobah, Tokai,Jenun, Kubur Panjang dan Tanah Merah

Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan pendapatan penduduk?

Kita turut menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu daripada penyumbang ekonomi penduduk. Kita juga memper-kasakan lagi aktiviti-aktiviti pertanian yang melibatkan pelbagai agensi seperti penternakan dan perikanan.
Saya hanya menyelaraskan pelaksanaan aktiviti pertanian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian Daerah yang diadakan dua bulan sekali. Semua agensi pertanian turut terlibat dalam mesyuarat itu.
Fokus utama yang diberikan tumpuan ialah pengeluaran pertanian dan bagaimana cara untuk meningkat hasil pertanian. Kualiti dan kuantiti hasil pertanian turut diberikan perhatian. Kewujudan industri asas tani turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.
 
Menyentuh isu-isu semasa di Daerah Pendang, adakah terdapat rungutan daripada penduduk?
Setakat ini, saya tidak menghadapi masalah berhubung perkara itu.
Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat rungutan daripada penduduk?
Untuk tujuan itu, kita turut menubuhkan Unit Aduan di Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah. Orang ramai juga boleh menghubungi atau menulis surat atau datang sendiri untuk mengemukakan masalah yang dihadapi.
Bagaimana dengan kemudahan gerai-gerai yang disediakan kepada peniaga-peniaga kecil di Daerah Pendang?
Konsep yang kita gunakan sekarang ialah program pembangunan peniaga kecil untuk lima tahun. Peniaga kecil dikategorikan kepada dua bentuk iaitu kekal dan bergerak. Program pembangunan peniaga kecil dibahagikan kepada empat fasa iaitu pembangunan, kemudahan peralatan, pengurusan perniagaan dan promosi. 

Bagaimana dengan pemba-ngunan kerohanian?

Saya cuba mengimbangi antara pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan. Saya percaya tanpa pengimbangan yang baik dan sempurna, kejayaan tidak akan dicapai. Sekiranya tercapai, ia tidak akan berkekalan. Dalam hal ini, pembangunan modal insan perlu ditekankan.
Dalam konteks modal insan, saya melihat masyarakat perlu diberikan pendedahan penge-tahuan dan kemahiran. Terdapat banyak program yang menjurus ke arah itu turut diadakan seperti pameran, ceramah, kursus, taklimat dan dialog.

Bagaimana dengan kemu-dahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat di Daerah Pendang?

Apa yang saya tahu, keperluan asas mencukupi. Antara kemudahan asas yang diberikan tumpuan atau dikenal pasti ialah kemudahan rekreasi dan perse-kitaran, pembangunan Taman Rimba Rekreasi Bukit Perak dan kajian sekarang ialah pembangunan pelancongan iaitu di kawasan Beras Jati Bukit Raya. Kemudahan laluan pejalan kaki turut dibina bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

Bagaimana mengenai msyarakat Siam?

Bahasa dan budaya masyarakat Siam di sini tak berbeza. Saya ingin beritahu bahawa perpaduan antara kaum di Daerah Pendang amat erat sekali. Tidak ada masalah yang timbul dari segi itu. Masyarakat Siam turut menerima bantuan kebajikan atau bantuan bencana alam seperti kebakaran dan banjir.
Taraf hidup masyarakat Siam di sini sama dengan masyarakat Melayu di mana mereka turut memiliki tanah seperti orang Cina. Masyarakat Siam adalah sebahagian daripada masyarakat biasa di Pendang. Dasar kerajaan meliputi semua kaum dan tidak timbul sebarang isu.


Kerajaan negeri tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan disebabkan maklumat dari laman ini