| |
Dua muka baru dalam barisan Exco
Oleh: AMELIA HASHIM
ANAK BUKIT, 10 Mac: Seramai sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah termasuk dua muka baru telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit, hari ini.

|
|
Dua muka baru yang dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Air Hitam YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan ADUN Kawasan Sidam YB Tan Joo Long @ Tan Chow Kang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Bendahara dan Tok Puan Bendahara, YTM Tunku Temenggong dan YTM Tunku Laksamana.
Ahli Exco yang baru dilantik ialah YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad yang memegang portfolio Penerangan dan Pembangunan Usahawan. Manakala YB Tan diberi portfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina
Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan sendiri kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan.
Lain-lain Ahli Exco dan portfolio adalah seperti berikut:
- YB Dato’ Phahrolrazi Haji Zawawi menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan.
- YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi.
- YB Dato’ Ir Amiruddin Haji Hamzah Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
- YB Dr Hamdan Mohamed Khalib Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Kesenian & Warisan, Kebudayaan.
- YB Ustazah Siti Hajah Ashah Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.
- YB Dr Ismail Salleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains & Inovasi, Teknolohi Maklumat dan Komunikasi.
- YB Manikumar Subramaniam kekal dengan portfolio lamanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.
- YB Lim Soo Nee Penegrusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negegru & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan pengurusan Sumber Manusia.
Majlis angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah disaksikan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar Dato’ Azman Husain dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Kedah, Dato’ Syeikh Uzir Baharom.

Kembali Ke Laman Utama |
 |
| |
|
| |
|