ALOR SETAR – Jabatan Mufti DiRaja Kerajaan Thailand mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bagi mendapat maklumat mengenai pentadbiran yang dijalankan sekarang.
Para tetamu tersebut telah diraikan oleh Yang DiPertua MAIK, Sohibus Saadah Dato’ Syeikh Uzir Haji Baharom, Setiausaha MAIK, YBhg. Dato’ Haji Kharudin Zain serta Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Tuan Sheikh Alauddin Dato’ Haji Abu Bakar.