| |
Menara Alor Setar boleh jadi ‘pusat pendidikan’ pelancong
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR: Pakej pelancongan pendidikan turut diwujudkan oleh Menara Alor Setar yang menggabungkan elemen pelancong sambil menimba ilmu dan mengenali budaya serta sejarah negeri ini menerusi monument tinggalan sejarah sebagai tarikan terbaru pelancong. |
|
Menerusi pakej ini, pelancong dapat mengenali sejarah Kesultanan Melayu Kedah yang merupakan antara tertua di negara ini.
Kedah mempunyai banyak nilai dan entiti sejarah yang belum diterokai sepenuhnya dan sudah tiba masanya kita dedahkan serta perkenalkan sejarah Kedah menerusi sektor pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Pelancongan, YB. S. Manikumar menegaskan, beliau mendapati belum ada usaha yang efektif untuk memacu industri pelancongan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.
Menurutnya, pakej pelancongan pendidikan bukan sahaja sekadar mengunjungi lokasi menarik di Kedah tetapi turut memberi pendidikan berunsurkan sejarah yang dapat memanfaatkan banyak pihak terutama pelajar dan pengkaji sejarah.
“Kita boleh jadikan Menara Alor Setar sebagai pusat mendidik dan melancong memandangkan menara adalah ikon di negeri ini dan pelbagai tarikan sampingan lain juga perlu dipelbagaikan dan antaranya ialah mewujudkan gerai informasi agensi pelancongan di perkarangan menara dengan mewujudkan aktiviti tersendiri,” katanya.
Beliau memberitahu, mengunjungi tempat menarik sekitar Kedah seperti Muzium Padi adalah sebahagian daripada program yang dirangka khusus untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara menerusi pakej pelancongan pendidikan.
Tambahnya, Kerajaan Negeri sedang meningkatkan usaha memacu industri pelancongan negeri dengan memperbanyakkan produk dan aset baru untuk diperkenalkan selain melipatgandakan promosi di luar negara. |
 |
| |
|
| |
|