| |
Star Track Camp di Menara Alor Setar
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR: Menara Alor Setar akan menganjurkan satu program yang dikenali Star Track Camp di menara berkenaan pada 4 hingga 6 Mac 2010. |
|
Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud berkata, program itu adalah kerjasama antara Menara Alor Setar, Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Pulau Pinang.
”Antara pengisian program berkenaan ialah Mini Planetarium, Replika Artifak Astronomi Islam, pameran Astronomi, Astrofotografi dan Teleskop,” ujarnya.
Tambahnya, orang ramai juga berpeluang untuk melihat tayangan video Astronomi, program Star Track Camp (Kem @ Pusat Sains), pencerapan langit siang dan malam serta pertandingan roket air dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Beliau menjelaskan, pameran itu dibuka untuk orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. |
| |
|
| |
|